"Apakah tahap kesabaran anda tercabar kerana sikap anak-anak yang bukan sahaja tidak mendengar kata bahkan melawan cakap ibu bapa?"


From:
Ahmad Fairoz aka Nuaeman
Date:  April 2010

Sahabat Sekelian,

Semenjak menjadi seorang bapa saya diselubungi pelbagai persoalan mengenai bagaimana untuk membuatkan anak-anak saya sentiasa mendengar kata ibu bapa serta terhindar dari pelakuan-perlakuan negatif. 

Pelbagai nasihat serta bahan bacaan telah saya dapatkan dalam usaha mengenalpasti permasalahan ini.  Saya amat pasti anda juga seperti saya yang tidak mahu anak-anak anda:

  • Melawan kata-kata ibu bapa dan orang yang lebih tua
  • Menderhaka terhadap  ibu bapa
  • Terlibat dengan gejala tidak sihat
  • Menjadi sampah dalam masyarakat
  • Gagal menjadi anak yang soleh untuk doakan ibu bapanya

Memang memedihkan bilamana anak-anak ini mula menderhaka. Bukankah itu semua yang telah membuatkan ramai ibu bapa diluar sana makan hati?. Kita tidak mahu suatu masa nanti kita dikategorikan  antara ibubapa yang GAGAL dalam mendidik anak-anak.

Mahukah anda menjadi Ibubapa yang GAGAL?

Sudah tentu tidak bukan?

Sebagaimana maklum, tugas sebagai ibu bapa telah diakui adalah satu tugas yang cukup mencabar di dunia. Mendidik serta membesarkan anak bukanlah satu perkara yang mudah.

Untuk anak-anak seperti inilah diharap mampu mendoakan kita esok hari setelah kita terpisah dengan kehidupan dunia dan mendiami alam barzakh. Atas kesedaran itulah banyak persoalan timbul seperti:

  • Apakah kaedah yang sesuai dalam mendidik anak-anak?
  • Apakah amalan-amalan yang  disyorkan?
  • Adakah doa-doa khusus  untuk anak-anak?
  • Apakah terdapat rawatan atau terapi untuk anak-anak yang bermasalah?
Sememangnya sebagai ibu bapa kita sepatutnya telah melengkapi diri kita dengan ilmu bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang terpuji. 

Perlu diingat anak-anak adalah asset paling berharga dalam dunia ini. Tiada wang ringgit atau kekayaan yang dapat menggantikan mereka. Oleh itu, membimbing dan mendidik anak-anak menjadi orang yang berguna dan mendengar kata ibu bapa adalah sangat penting. Lihat sajalah betapa banyaknya gejala moral yang dipaparkan di dada akhbar,TV serta radio. Sudah tentu kita tidak mahu anak-anak kita menjadi insan yang rendah akhlak.

Silap mendidik akan memberi kesan kepada sikap anak-anak. Semestinya suatu yang amat menggembirakan apabila anak-anak yang dibesarkan mampu diletakkan pengharapan untuk menggalas tugas sebagai pewaris kehidupan kita hari ini.

Tidak teringinkan anda untuk mempunyai anak yang SOLEH?

Dengan itu hasil kerjasama saya dengan salah seorang yang memang terlibat dengan program membentuk sahsiah dan jatidiri anak-anak maka dengan ini  kami dengan rendah hati..

Memperkenalkan..

Antara isi kandungan Ebook ini
  • Beberapa sebab utama anak-anak bermasalah
  • Tanggungjawab sebelum mempunyai anak yang mendengar kata
  • Perkara utama dalam mendidik anak mendengar kata
  • Amalan-amalan yang sesuai dilakukan seisi keluarga
  • Doa yang sesuai dibaca untuk anak
  • BONUS : Kaedah membuat air penawar hati untuk anak yang bermasalah ( salah satu ikhtiar..)
  • Tips-tips berguna dan semestinya bermanfaat

Opss! Nanti dulu!

Dengan pembelian ebook Formula Anak Mendengar Kata ini anda juga akan mendapat satu lagi Ebook bonus hebat berkenaan Tips untuk menjadi Ibu bapa Hebat hasil tulisan saya.



Ebook ini menampilkan 101 tips ,petua serta panduan kepada ibu bapa bagi melahirkan generasi yang cemerlang.  Ianya adalah hasil dari pengalaman serta pembacaan saya selama ini.


Siapa yang tidak mahu anak yang soleh dan mendengar kata. Melihat tajuk ebook ini saja saya telah teruja. tetapi yang paling penting isi kandungannya.

Point-point yang diberikan memang tepat dan ada diantaranya nampak seperti biasa tetapi jarang kita amalkan. Oleh kerana gaya bahasanya yang santai dan penyampaian yang ringkas serta padat. Mudah untuk saya menghadam isi ebook ini.

Kepada mereka yang telah ataupun baru hendak berumahtangga, memang saya syorkan untuk dapatkan ebook ini. 

Adrus Haron
Kakitangan Kerajaan

Pada awalnya saya agak berbelah bahagi untuk memiliki ebook ini apabila ditawarkan kerana saya belum berkahwin.

Tetapi setelah mendapatkannya saya tidak rasa rugi sedikit pun kerana isi kandungannya juga relevan untuk wanita yang belum berumahtangga seperti saya. Apatah lagi untuk mereka-mereka yang telah dirikan masjid ataupun mempunyai anak.

Terima kasih  kerana memperkenalkan kepada saya ebook yang sangat-sangat membantu ini. Isi kandungannya memang evergreen!

Atiqah Hassan
Kerani Syarikat Swasta

Sebuah Ebook yang mengingatkan saya tentang perkara asas dalam rumahtangga tetapi saya  jarang lakukan malahan terlupa untuk praktikkannya.

Menjadi bapa cemerlang merupakan impian setiap lelaki jadi adalah menjadi suatu kerugian jika kita tidak mengamalkan apa yang kita ketahui oleh sebab terlupa. Terima Kasih buat penulis Formula Anak Mendengar Kata kerana mengingatkan tanggujawab saya!

Mohd Rizzal
Jurutera

Apa  Pula Kata Mereka ini..



Sebagai ibu bapa kepada 3 orang anak, saya rasa ebook ini sangat berguna dan dapat membantu kami untuk mendidik anak-anak.

Ebook ini bukan saja sesuai untuk ibu bapa yang telah mempunyai anak, tetapi juga untuk mereka yang bakal berkahwin dan menimang anak sendiri. Ini kerana terdapat tips-tips untuk ibu  ibu bapa ikuti semasa anak masih berada dalam kandungan. Penulis ebook ini  telah menyusun ebook ini dengan ringkas, menarik dan memudahkan untuk kita membaca dan menggarap ilmu untuk dipraktikkan

Kita mahukan yang terbaik untuk anak kita dan kita mahu mereka menjadi anak yang soleh, beriman, bertakwa dan berguna kepada agama dan negara. Saya syorkan ebook ini kepada semua tak kira sudah mempunyai anak, baru berumah tangga atau akan mendirikan masjid.

Zaki Yamani
Cyza.us

 

Semua orang mahukan zuriat/anak yang soleh mendengar kata tetapi kita alpa terutamanya remaja ( termasuk diri sendiri)

"adakah kita benar-benar taat kepada kedua ibubapa kita?"

22 Formula yang diberikan dalam Ebook ini membantu saya sebagai persediaan awal sebelum menempuh alam perkahwinan makanya Ebook ini bukan sahaja untuk golongan yang telah mendirikan rumah tangga dan beranak-pinak tetapi juga sesuai dijadikan panduan kepada golongan bujang dalam membuat persediaan sebelum menempuh alam rumah tangga.

Kepada yang masih bujang "Pilihlah Tempat Untuk Kamu Meletakkan Nutfah" sebaiknya. Kalau tak tahu apa itu "Nutfah" boleh baca lebih lanjut dalam ebook ini..

Mazuki
Selangor2u.com

 Ikhlas daripada



Ahmad Fairoz aka Nuaeman

Admin PanduanAnakSoleh.Com

Blog.Nuaeman.com

Kita Beriktiar, Allah yang menentukan..

( Pembelian ) ( Affiliates )